Dalam usaha menambah baik latihan di KMFC,usaha membawa masuk jurulatih supaya nisbah jurulatih kepada pelatih sedang giat dijalankan. Ianya bertujuan bagi membantu perkembangan pelatih dengan lebih tersusun dan sistematik.

Jurulatih Aiman Bin Jamaluddin adalah seorang jurulatih berpengalaman yang pernah membawa pasukan seperti FS JUNIOR ACADEMY dan Ingenious FC. Beliau juga memiliki Sijil Kejurulatihan FAM GRASROOT seperti mana dimiliki oleh 3 lagi jurulatih KMFC.

Beliau akan mengendalikan pelatih Bawah 8 tahun yang sangat memerlukan tumpuan kerana golongan ini mempunyai keunikan tersendiri. Mereka sukar untuk kekal fokus sepanjang latihan dan sering diganggu oleh persekitaran sekeliling.

Diharapkan dengan kemasukan jurulatih baru ini akan memantapkan lagi pencapaian pasukan terutamanya Bawah 8 tahun,Insha Allah