Memandangkan tempoh PKP memasuki Fasa ke-3,dan pihak AG TECH adalah sebuah syarikat bumiputera yang terbaik di Johor sudah lama menaja KMFC,kami berbesar hati membuat pengumuman ini kepada umum.

Perancangan asalnya adalah ingin memperkenalkan dalam sebuah majlis yang gilang-gemilang namun hasrat itu terpaksa ditukar kepada sesi pengenalan jersi di laman web rasmi.

AG TECH adalah sebuah syarikat bengkel cat kenderaan,mengetuk dan mengimpal kereta. Selain itu mereka juga melakukan kerja-kerja besi,autogate dan pendawaian dan elektrikal.

Ramai tertanya-tanya mengapa corak “kontroversi” ini dipilih? Hampir sama dengan corak Mainz Carnival dan Kedah FA AFC ?

Jawapannya mudah. Mengkagumi dan mengilhamkan sesebuah rekaan itu tidaklah berdosa dalam bidang rekaan jersi. Ianya menjadi inspirasi untuk kelainan.

Namun ciri-ciri asas dalam jersi terdahulu tetap dikekalkan iaitu warna merah,biru dan putih selain keseragaman di bahagian bawah(seluar dan jersi).

Kami berharap selepas semuanya kembali seperti sedia kala,KMFC dapat beraksi menggunakan jersi ini di perlawanan melibatkan KMFC. Sama-samalah kita berdoa wabak Covid-19 ini hilang daripada muka bumi,Amin!