VISI
Untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bersesuaian dengan fizikal,mental dan spiritual seorang kanak-kanak yang cintakan bolasepak
MISI
Menawarkan program untuk pemain bolasepak akar umbi yang diiktiraf dalam kecemerlangan melahirkan bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk pergi lebih jauh disamping tidak mengabaikan melahirkan seorang kanak-kanak normal dengan cara hidup yang sepatutnya
SEJARAH
KMFC ditubuhkan apabila melihat ramai kanak-kanak melakukan aksi-aksi berbahaya di sekitar kawasan Kota Masai semasa menunggang basikal. Oleh itu KMFC ditubuhkan pada asalnya menggunakan platform futsal pada awalnya. Selepas semakin ramai pelatih menyertai KMFC,ianya dibesarkan kepada sebuah program bolasepak