Semalam berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara KMFC menentang Perdana United U14 di Skudai. Perlawanan ini dilangsungkan bagi mencari keserasian pemain dan juga menguji beberapa pemain sebelum senarai akhir menentang JDT U12 diumumkan kelak. Pada perlawanan tersebut KMFC berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan keputusan 3-1.

Menariknya pemain KMFC sudah mula menunjukkan kualiti daripada aspek kecergasan apabila kebanyakan pemain sudah mula mampu memberikan tumpuan dan tenaga di dalam padang berbanding sebelum ini. Selain itu juga beberapa peluang terhidang di hadapan pintu gol gagal dimanfaatkan perlu diperbaki. Corak permainan pasukan lawan yang mempunyai fizikal lebih tinggi tidak memberikan masalah kepada pemain KMFC.

Pemain pasukan lawan dan barisan kejurulatihan terkejut apabila mengetahui kebanyakan pemain pada perlawanan tersebut hanya berusia 12 dan 11 tahun. Pujian juga diberikan kepada corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain KMFC. Barisan serangan KMFC semakin mendapat keserasian yang diingini dan pada masa sama pilihan di barisan sayap juga tidak mempunyai masalah.

Perlawanan persahabatan seterusnya adalah bertujuan memfokuskan kepada kualiti dead ball situation samada ketika bertahan atau menyerang dan memuktamadkan senarai pemain yang akan menggalas tanggungjawab membawa nama KMFC pada perlawanan menentang gergasi akar umbi Malaysia iaitu JDT!