Sebanyak 16 pasukan secara keseluruhannya telah mengesahkan pasukan menyertai Kota Masai Grasroot League 2020 yang akan berlangsung pada 22 Februari 2020 bertempat di Padang Kelab Bolasepak Kota Masai Jalan Mangga 12,Taman Kota Masai. Kejohanan ini akan melibatkan 2 kategori iaitu Bawah 8 tahun dan 10 tahun.

Pasukan-pasukan menyertai kejohanan kali ini adalah terdiri kelab bolasepak sekitar Johor Bahru,Kulai dan Pasir Gudang yang sudah ditubuhkan sekian lama.  Berikut adalah senarai pasukan yang akan menyertai:

Bawah 8

  1. KMFC
  2. PERKASA SELATAN
  3. KMFC GIRLS U10
  4. INGENIOUS
  5. KIFC
  6. IEDT
  7. CJFC
  8. ZER09 ACADEMY

Bawah 10

  1. KMFC
  2. PUFC
  3. PERKASAS SELATAN
  4. INGENIOUS
  5. KIFC
  6. CJFC
  7. IEDT
  8. EQ RICH FC
  9. KMFC GIRLS U12(SENARAI MENUNGGU)

Kesemua pasukan ini akan berentap dalam sebuah kejohanan yang berkonsepkan liga peringkat kalah singkir yang akan mengambil 2 pasukan terbaik terus ke peringkat separuh akhir dan akhir. Apa yang menariknya kejohanan ini akan menggunakan durasi permainan yang lebih panjang bernading kejohanan lain selaras dengan peruntukan dikeluarkan oleh FAM SUPARIMAU.

Konsep sebegini akan membantu peningkatan kualiti permainan individu supaya lebih matang dalam perlawanan kerana didedahkan dengan banyak peluang untuk belajar dan memperbaiki kesilapan semasa bermain. Semoga kesemua pasukan akan memperolehi sesuatu yang positif bagi bekalan mereka sepanjang tahun,Insha Allah.